Berlegar pertanyaan di sudut hati
Mengapakah hati diragut resah
Bila wajahmu…hilang di mata
Bila bicaramu…sepi sekian lama
Mengapakah perasaanku sebegini
Inikah yang dikatakan
Rindu padamu…?
Seringkali…
Aku dimamah sepi
Kerna kejauhan yang memisahkan
Sedetik ianya akan hilang
Bila warkah itu kautitipkan
Penawar segala rindu
Kesetiaan yang terucap
Begitu menyakinkan
Tapi mengapakah aku dihimpit ragu
Bila kaujauh di sana
Itukah tandanya…
Aku semakin sayang padamu…?
Tetapi sesungguhnya…
Aku terlalu bahagia
Mengenalimu adalah yang terindah
Teguhkanlah kepercayaanmu
Agar kesetiaan yang dibina
Itu tetap teguh
Agar kemesraan itu
Mengharum di laman hati
Dan mengapakah harus
Disangsikan lagi
Kerana aku…
Masih setia di sini…
Aku dimamah sepi
Kerna kejauhan yang memisahkan
Sedetik ianya akan hilang
Bila warkah itu kautitipkan
Penawar segala rindu
Kesetiaan yang terucap
Begitu menyakinkan
Tapi mengapakah aku dihimpit ragu
Bila kaujauh di sana
Itukah tandanya…
Aku semakin sayang padamu…?
Tetapi sesungguhnya…
Aku terlalu bahagia
Mengenalimu adalah yang terindah
Teguhkanlah kepercayaanmu
Agar kesetiaan yang dibina
Itu tetap teguh
Agar kemesraan itu
Mengharum di laman hati
Dan mengapakah harus
Disangsikan lagi
Kerana aku…
Masih setia di sini…
Perasaan org yg di lamun rindu ngan org jauh mcm nie lah.. Curiga selalu ada.. Ini lah risikonya jika berjauhan.. Dah namanya jodoh kan.. Terima je lah...
ReplyDeletebagi sy jauh dan dekat bukanlah ukuran sebuah kesetiaan...apa yg penting adalah kejujuran... :)
Delete