lagu

Saturday, December 1, 2012

*TERIMA KASIH SEGALANYA*

Terima kasih aduhai teman…
Kerana sudi membenih cinta
Melamar kemanisan bahagia
Walau samar kejituannya.

Terima kasih wahai teman…
Tatkala diri di kamar gelita
Kauhadir membawa cahaya
Walau tak pasti gemerlap sinarnya.

Terima kasih segalanya teman…
Kerana pernah menabur budi
Menyemai kasih di taman hati
Menanam rindu di batas hari
Walau ianya berakhir sepi.

Maafkan aku wahai teman…
Walau biduk berlalu pergi
Tak mungkin kiambang…
Bertaut kembali…

No comments:

Post a Comment