lagu

Tuesday, April 15, 2014

Biarkan Cinta Itu Abadi...

Kadang kadang kita tak dapat cari sebab kenapa kita sayangkan seseorang itu…tapi
Apa yang kita tahu dan pasti, kita sayangkannya…

Kadang kadang kita sanggup buat apa saja hanya untuk melihat dia senyum…
Dan kegembiraannya adalah satu kebahagiaan untuk kita…

Kadang kadang kita belajar tak nak cemburu...
Tapi hati ini selalu jadi tak tentu...

Mengenalinya buat diri bertambah kuat dengan semangat…
Menyayanginya buat diri rasa takut kehilangan…
Mencintainya buat diri faham erti indahnya keikhlasan hati…

Rindu selalu datang walaupun baru sahaja bertemu…
Ungkapan cinta menderu untuk keluar tiap saat namun ianya tidak pernah cukup untuk
buktikan betapa berharganya rasa dalam hati…

Kerana dia kita lemah..
Kerana dia kita jadi insan yang paling kebal dengan apa jua cabaran…

Siapa kata cinta itu hanya satu khayalan?

Cinta tetap akan abadi jika ianya sejati…


Dari Hati Seorang Pencinta; Putera Leo

No comments:

Post a Comment