lagu

Saturday, October 4, 2014

Ketika Hati Terluka...

Bila diingat-ingat kembali, terasa sukar untuk memaafkan tapi kerana lembutnya hati, tetap memaafkan walaupun hati disakiti. Tetap takkan membenci walaupun jiwa terluka...hati terdetik, mungkin ada pengajaran di sini untuk di'muhasabah’kan...


Untuk melupakan, mungkin mengambil masa... kata orang, "I'll draw you, then erase you...but I will remember you again"...dan kini cukuplah hanya do'a mengiringi kelukaan itu. Kenangan yang berlalu tetap berlalu. Dan dengan harapan agar cukuplah...tak perlu lagi hadir dalam hidup ini. Pergilah untuk selamanya...


Terkadang, bila kita cuba untuk berbuat baik tak semestinya dibalas dengan baik juga. Kita kena menerima hakikat itu...


Adakalanya hati kita disakitkan, kita dikritik seolah-olah terlalu besar kesilapan kita... Mungkin terdetik dihati kita apabila diperlakukan sebegitu...



"Hina sangatkah aku ni?"
"Jahat sangatkah aku ni?"


Namun, jika difikirkan dengan lebih mendalam, pasti ada hikmah di sebaliknya... Mungkin apabila kita diperlakukan sebegini, Tuhan ingin mematangkan jiwa kita. Mungkin kita kena belajar menerima kritikan, cacian dan apa-apa saja untuk melatih kita menjadi insan berjiwa besar.


Hati pun menenangkan jiwa sendiri,


"Tak mengapa wahai diri. Terima saja kritikan dan penghinaan dengan hati terbuka. Teruskanlah langkah, jangan berhenti sebab Tuhan tahu niat dan tindak-tanduk kita. Yakin padaNya. DIA yang menentukan hidup kita, bukannya manusia."


Mungkin bila hati kita terluka, kita menjadi insan yang lebih menghargai di masa akan datang. Kita lebih menghargai ungkapan insan lain, pemberian insan lain, luahan insan lain...


Mungkin bila hati kita terluka, kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang...


Mungkin bila hati kita dilukai, kita mula mengerti bahawa tak semua orang dapat membahagiakan kita, tetapi selagi kita berusaha membahagiakan orang lain, kebahagiaan tetap akan datang pada kita suatu masa nanti...



"Kebahagiaan itu umpama kupu-kupu. Jika dikejar, ia akan pergi. Jika dibiarkan, ia akan singgah di bahumu."


Mungkin bila hati menangis, baru kita mengerti bagaimana sakitnya hati insan yang pernah terluka sebelum ini...


Terima kasih hati, kerana engkau lebih mengerti tentang kehidupan ini. Diri ini tak tahu nak cakap apa, cuma tersenyum. Tak perlu kata apa-apa... 



~ Putera Leo ~ ^_^

7 comments:

  1. Pabila dua zaman itu berbeza..
    Bagaimanakah mungkin berlaku tamadun di antaranya...

    ReplyDelete
  2. Bila ku kenang ku renung
    Remuk redam
    Rasa tak tertanggung
    Harapan bahagia yang membumbung
    Terkapar hanyut terapung..

    ReplyDelete
  3. ''Kebahagiaan itu umpama kupu-kupu. Jika dikejar, ia akan pergi. Jika dibiarkan, ia akan singgah di bahumu."
    Suka kata2 nie.. Terima kasih awk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... :) terima kasih juga kerana sudi singgah membacanya...hihihi... ;-)

      Delete
    2. Sama2.. Teruskan berkarya ye.. :)

      Delete