lagu

Tuesday, June 24, 2014

Aku Yang Kecewa...

Semakin hari aku dapat rasakan yang jurang antara kita semakin dalam dan dinding konkrit yang tiba-tiba terbina semakin tinggi dan kuat...semuanya sudah menjadi benteng yang amat tinggi untuk kita...aku cuba untuk menimbuskan kembali jurang yang dalam itu dengan kesabaran aku biar ianya menjadi cetek dan aku juga sudah cuba menghalang dinding konkrit itu semakin meninggi dengan membuang keegoan aku tapi ternyata semuanya tidak berguna...aku rasa mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan semua itu...aku dah tak mampu dan dah tak larat untuk terus bertahan dengan semua itu...sekiranya ini yang kau pinta...aku akan tunaikan...dalamkanlah jurang itu lagi dan tinggikanlah dinding konkrit itu lagi...bila masa semuanya dah cukup lengkap aku harap yang kita tak akan berjumpa lagi...dan aku tak mungkin akan muncul di depan kau untuk selama-lamanya...bukan kerana aku berdendam dengan kau tapi aku kecewa dengan kau...ternyata hubungan persahabatan yang kita bina sebelum ini atas kepercayaan akhirnya berakhir dengan keadaan yang sebegini...masa yang panjang belum tentu jadi penentu buat kita mengenali seseorang dalam hidup kita...

Dari Sekeping Hati Yang Kecewa... 
~ Putera Leo ~

No comments:

Post a Comment