Di bumbung pagi
Kususuri kaki-kaki lima
Mencari suria diri
Yang sekian waktu
Masih belum timbul
Di sudut kalbu ini.
Kini malam sudah tergantung
Di dinding perhentian
Namun hujan masih belum reda
Suria diri masih belum menyala
Perlukah aku terus menjadi penanti
Yang sabar – setia – bodoh lagi
Kerana takut dan terlalu berhati-hati.
Atau..
Perlu aku meredah
Mengharung hujan kehidupan ini
Mendirikan bumbung sabar
Merentang payung tabah
Menentang hujan yang mencurah-curah
Dalam diri.
No comments:
Post a Comment