lagu

Monday, October 22, 2012

*KAU TERLALU CEPAT BERUBAH*

Di sini
Kau terlalu cepat berubah
Bagai kegilaan musim
Antara tebaran mega
Dan permandian cahaya.

Di sini
Kau terlalu pantas menyerah
Hanya kerana sedikit godaan
Antara pancaran lampu
Dan kesuraman lebuh.

Aku di sini
Menanti apa seadanya
Melihat matahari tertawa
Dari sebalik tirai mega
Gelagat manusianya.

No comments:

Post a Comment