lagu

Tuesday, July 21, 2015

KEHILANGAN

KEHILANGAN - Yang memedihkan dan menyakitkan adalah tatkala bayangan mereka yang telah tiada itu datang mengetuk fikiran dan perasaan, suara mereka datang menyerbu di bibir telinga tatkala keseorangan, dan yang lebih memerihkan adalah tatkala mengenangkan bahawa watak-watak yang pernah bersama kita menatap bulan dan mentari itu tidak akan kembali lagi kepada kita sampai bila-bila...

Menghadapi hari-hari setelah mereka tiada, kesepian yang datang, tiada lagi teman berkongsi cerita, tiada lagi teman buat menyambut tawa dan tiada lagi bahu tempat menumpang esak tangis, peritnya kesepian itu, kerana tiadalah ia terserlah pada zahir mata yang memandang, tetapi ia terpendam pada jiwa-jiwa yang dibalut kesedihan dan kesunyian...


*mengenang "KEHILANGAN" dalam suatu episod hidupku...



2 comments: